Hubungi 012 - 204 5873 / 011 - 3306 8328 untuk pertanyaan dan pendaftaran percuma

Platform kutipan
  • Yuran
  • Sumbangan
  • Sewaan
  • Khairat

SettlePayz membantu sekolah/organisasi anda menguruskan kutipan dana secara atas talian dan memudahkan pembayar melakukan pembayaran melalui kemudahan FPX.

Mengapa Anda Perlu Guna SettlePayz

Pembayaran Atas Talian & Resit Automatik

SettlePayz menawarkan kaedah pembayaran secara atas talian dan pembayar akan menerima resit secara automatik.

Laporan Yang Lebih Komprehensif

Statistik dan laporan pembayaran dijana automatik.

Pengurusan Dana Yang Lebih Sistematik

Pengurusan serta pemantauan kutipan bayaran menjadi mudah dengan adanya pangkalan data pelajar /penduduk / ahli di dalam sistem

Penjimatan

Menjimatkan masa, tenaga dan kewangan terutamanya dalam pengurangan penggunaan kertas.

Keselamatan Dan Privasi Data Pengguna Dijamin

Platform ini telah diakredetasi oleh SSM BizTrust sebagai berdaftar, selamat digunakan dan menjaga privasi data pengguna.

Mengurangkan Kontak Fizikal

Mengurangkan pertemuan secara fizikal untuk tujuan pembayaran di era Covid-19 ini.

Penjanaan Resit Automatik

Sistem ini akan menjana resit secara automatik bagi semua pembayaran dan akan disimpan di dalam sistem selama 7 tahun. Resit akan dihantar ke alamat emel pembayar sejurus selepas pembayaran berjaya.

Ketelusan Proses Pengurusan Dana

Proses pengauditan persatuan dan organisasi menjadi lebih mudah kerana senarai nama pembayar yuran dan pemberi sumbangan dijana automatik.

Kemudahan

Kemudahan yang ditawarkan

Membolehkan pembayar melakukan pembayaran dan sumbangan secara atas talian. Bila-bila masa dan di mana jua.

Sekolah

SettlePayz dapat membantu urusan di sekolah anda dengan memberikan kemudahan pembayaran online seperti contoh berikut:

  • Kutipan sumbangan PIBG.
  • Kutipan pembelian peralatan/kelengkapan khas sekolah. (lencana, buku, alat tulis, t-shirt, uniform)
  • Kutipan yuran aktiviti sekolah. (kelas tambahan, perkhemahan tahunan, lawatan sambil belajar)
  • Kutipan sumbangan one-off. (derma kilat kepada pelajar/guru ditimpa kemalangan, tabung membaiki surau sekolah)

Ibu bapa hanya perlu memasukkan nombor MyKid dan SettlePayz akan jana jumlah bayaran mengikut kadar yang ditetapkan pihak sekolah.

Resit akan dijana dan dihantar melalui emel secara automatik sejurus pembayaran dibuat. Ini bermakna ibu bapa tidak perlu mengemukan sebarang bukti pembayaran kepada pihak sekolah kerana ia telah sedia ada dalam sistem.

Guru tidak perlu lagi,

  • mengeluarkan resit sementara kepada ibu bapa;
  • memegang wang tunai;
  • menyemak secara manual berkali-kali status semasa pembayaran;
  • dan menghasilkan laporan secara manual untuk dibentangkan kepada pemegang taruh (stakeholders).

Laporan statistik kutipan dan status semasa pembayaran pelajar dapat dihasilkan secara masa nyata (real-time) sama ada mengikut kelas, darjah/tingkatan dan tahun. Ia boleh dimuat turun dalam format .pdf (PDF) atau .xls (Microsof Excel)

Sistem ini membolehkan pihak sekolah mengemaskini status bayaran pelajar bagi ibu bapa yang melakukan pembayaran secara tunai.

Bagi penganjuran aktiviti/program yang melibatkan had penyertaan misalnya lawatan sambil belajar, guru boleh menetapkan had berkenaan. Ini bermakna, SettlePayz boleh digunakan sebagai platform untuk tujuan pendaftaran peserta bagi sesuatu aktiviti/program.

Hanya seorang Pentadbir Sistem Sekolah (Admin) diperlukan untuk menguruskan segala urusan di SettlePayz. Para guru boleh memfokuskan sepenuhnya kepada urusan pengajaran dan pembelajaran.

Kami mempermudahkan segalanya untuk anda kerana kami juga ibu bapa dan guru, seperti anda!

Tabika

Contoh kutipan dana secara online yang dapat dilakukan Tabika menggunakan SettlePayz ialah:

  • Kutipan yuran bulanan.
  • Kutipan pembelian peralatan/kelengkapan khas Tabika. (buku, alat tulis, t-shirt, uniform)
  • Kutipan yuran aktiviti Tabika. (sukan, lawatan sambil belajar)
  • Kutipan sumbangan one-off. (derma kilat kepada pelajar/guru ditimpa kemalangan)

Ibu bapa hanya perlu memasukkan nombor MyKid dan SettlePayz akan jana jumlah bayaran mengikut kadar yang ditetapkan pihak sekolah.

Resit akan dijana dan dihantar melalui emel secara automatik sejurus pembayaran dibuat. Ini bermakna guru tidak perlu lagi mengeluarkan resit manual kepada pembayar.

Laporan statistik kutipan dan status semasa pembayaran pelajar dapat dihasilkan secara masa nyata (real-time) sama ada mengikut bulan dan tahun.

Guru tidak perlu lagi memegang wang tunai dan terpaksa menyemak secara manual berkali-kali status semasa pembayaran.

Sistem ini membolehkan pihak sekolah mengemaskini status bayaran pelajar bagi ibu bapa yang melakukan pembayaran secara tunai.

Kami mempermudahkan segalanya untuk anda kerana kami juga ibu bapa dan guru Tabika, seperti anda!

Persatuan / Kelab

Contoh kutipan dana secara online yang dapat dilakukan Persatuan/Kelab menggunakan SettlePayz ialah:

Kutipan yuran bulanan ahli.

Ahli hanya perlu memasukkan nombor MyKad dan SettlePayz akan jana jumlah bayaran mengikut kadar yang ditetapkan Persatuan/Kelab. Sistem ini turut memberi pilihan bayaran untuk beberapa bulan sekaligus.

Sistem ini juga membolehkan pihak Persatuan/Kelab mengemaskini status bayaran ahli yang melakukan pembayaran secara tunai.

Pendaftaran peserta untuk aktiviti/program yang dianjurkan.

(kem motivasi, kursus, seminar, bengkel, sukan, riadah)

Persatuan/Kelab boleh melaksanakan pendaftaran peserta di SettlePayz bagi aktiviti/program yang dianjurkan dan sekaligus mengutip yuran penyertaan sekiranya dikenakan.

Had penyertaan bagi setiap aktivti/program juga boleh ditetapkan di dalam sistem sekiranya ada. Siapa cepat, dia dapat!

Kutipan sumbangan one-off.

(derma kilat, sumbangan kepada individu kurang berkemampuan)

Resit pembayaran akan dijana dan dihantar melalui emel secara automatik sejurus pembayaran dibuat.

AJK Persatuan/Kelab dengan mudah boleh melihat statistik kutipan dan status semasa pembayaran secara masa nyata (real-time) sama ada laporan mengikut kategori ahli, aktiviti/program yang dianjurkan serta pecahan mengikut bulan dan tahun.

Kami mempermudahkan segalanya untuk anda kerana kami juga ahli dan AJK Kelab/Persatuan, seperti anda!

Qaryah Masjid / Surau

Contoh kutipan dana secara online yang dapat dilakukan Qaryah Masjid / Surau menggunakan SettlePayz ialah:

Tabung Online Masjid / Surau.

Kewujudan Tabung Online Masjid/Surau ini akan membolehkan peningkatakan kutipan sumbangan kewangan Masjid/Surau kerana ia mempermudahkan anak qaryah dan orang ramai memberikan sumbangan walalu di mana mereka berada.

AJK Masjid/Surau hanya perlu memanjangkan pautan (link) Tabung Online ini kepada anak qaryah dan orang ramai menggunakan aplikasi WhatsApp, SMS, Telegram, Instagram, emel atau sebarang platform media sosial.

Mereka yang berhasrat untuk menyumbang hanya perlu menekan pautan tersebut dan secara automatik ia akan ke laman Tabung Online tadi.

Kutipan senarai nama dan bayaran Khairat Kematian.

AJK Masjid/Surau tidak lagi perlu cetak, fotostat dan mengedarkan borang Khairat Kematian kepada anak qaryah bagi tujuan pendaftaran.

SettlePayz membolehkan anak qaryah melakukan pendaftaran dan pembayaran secara online.

AJK Masjid/Surau boleh mencetak senarai nama peserta Khairat Kematian yang terkemaskini (up-to-date) pada bila-bila masa.

Kutipan penyertaan ibadah korban.

AJK Masjid/Surau juga boleh melaksanakan kutipan nama dan bayaran anak qaryah yang berminat untuk menyertai ibadah korban.

Pendaftaran peserta untuk aktiviti/program yang dianjurkan.

AJK Masjid/Surau boleh melaksanakan pendaftaran peserta bagi aktiviti/program yang dianjurkan dan sekaligus mengutip yuran penyertaan di SettlePayz.

Kutipan sumbangan one-off.

(derma kilat, sumbangan kepada individu kurang berkemampuan)

Sebarang bentuk kutipan sumbangan secara one-off boleh dibuat di SettlePayz dan AJK Masjid/Surau boleh menetapkan tempoh masa untuk penerimaan bayaran.

Sebagai contoh, Persatuan/Kelab ingin melaksanakan kutipan derma kilat untuk disumbangkan kepada salah seorang anak qaryah yang ditimpa kemalangan.

Admin Masjid/Surau boleh menetapkan tempoh kutipan misalnya selama tiga hari.

Dalam tempah tiga hari ini, pautan (link) sumbangan berkenaan boleh dipanjangkan kepada anak qaryah yang lain atau sesiapa sahaja menggunakan aplikasi WhatsApp, SMS, Telegram, Instagram, emel atau sebarang platform media sosial.

Mereka yang berhasrat untuk menyumbang hanya perlu menekan pautan tersebut dan secara automatik ia akan ke laman sumbangan tadi.

Melalui kaedah ini, jumlah kutipan akan bertambah kerana memudahkan ahli dan orang ramai memberikan sumbangan.

Resit pembayaran akan dijana dan dihantar melalui emel secara automatik sejurus pembayaran dibuat.

AJK Masjid/Surau dengan mudah boleh melihat statistik kutipan dan status semasa pembayaran secara masa nyata (real-time) sama ada laporan mengikut aktiviti/program yang dianjurkan serta pecahan mengikut bulan dan tahun.

Kami mempermudahkan segalanya untuk anda kerana kami juga anak qaryah dan AJK Masjid/Surau, seperti anda!

Sumbangan / Derma

Semua organisasi yang berdaftar dengan SettlePayz dapat melaksanakan kutipan sumbangan / derma secara online. Berbanding melaksanakan kutipan secara tunai, SettlePayz akan meningkatkan jumlah kutipan kerana orang ramai boleh menyumbang pada bila-bila masa dan dari mana jua.

Organisasi hanya perlu memanjangkan pautan (link) sumbangan/derma kepada orang ramai menggunakan aplikasi WhatsApp, SMS, Telegram, Instagram, TikTok, emel atau sebarang platform media sosial.

Mereka yang berhasrat untuk menyumbang hanya perlu menekan pautan berkenaan dan mengisi butiran serta melakukan pembayaran secara online.

Resit akan dijana dan dihantar melalui emel secara automatik sejurus pembayaran dibuat. Ini bermakna organisasi tidak perlu mengeluarkan resit manual kepada penderma.

Laporan statistik kutipan dapat dihasilkan secara masa nyata (real-time).

Kami mempermudahkan segalanya untuk anda kerana kami juga penderma dan AJK organisasi, seperti anda!

Penganjur Pertandingan

Penganjur pertandingan/acara tidak perlu lagi cetak, fotostat dan mengedarkan Borang Penyertaan secara manual kepada orang ramai.

Dengan SettlePayz, penganjur pertandingan hanya perlu memanjangkan pautan (link) Borang Penyertaan kepada orang ramai menggunakan aplikasi WhatsApp, SMS, Telegram, Instagram, TikTok, emel atau sebarang platform media sosial.

Mereka yang berhasrat untuk menyertai pertandingan tersebut hanya perlu menekan pautan berkenaan dan mengisi butiran serta melakukan pembayaran secara online.

Resit akan dijana dan dihantar melalui emel secara automatik sejurus pembayaran dibuat. Ini bermakna penganjur tidak perlu lagi mengeluarkan resit manual kepada pembayar.

Laporan statistik kutipan dan status semasa penyertaan dapat dihasilkan secara masa nyata (real-time). Ini bermakna penganjur boleh melihat susunan penyertaan mengikut masa pembayaran dibuat.

Sebagai contoh, Kelab A akan menganjurkan pertandingan memancing dan 200 penyertaan awal akan diberikan t-shirt.

Menggunakan SettlePayz, Kelab A dapat melihat senarai nama peserta yang mendaftar mengikut masa pembayaran dibuat. Oleh itu, penganjur dengan mudah dapat menentukan 200 orang terawal yang mendaftar untuk diberikan t-shirt.

Kami mempermudahkan segalanya untuk anda kerana kami juga peserta dan Penganjur Pertandingan/Acara, seperti anda!

Badan Pengurusan Bersama (JMB)

Contoh kutipan dana secara online yang dapat dilakukan JMB menggunakan SettlePayz ialah:

  • Kutipan yuran penyelenggaraan bulanan.
  • Kutipan yuran aktiviti/program JMB.
  • Kutipan sumbangan one-off. (derma kilat kepada penduduk ditimpa kemalangan)

Penduduk hanya perlu memasukkan nombor MyKad dan SettlePayz akan jana jumlah bayaran mengikut kadar yang ditetapkan pihak JMB.

Resit akan dijana dan dihantar melalui emel secara automatik sejurus pembayaran dibuat. Ini bermakna JMB tidak perlu lagi mengeluarkan resit kepada pembayar.

Laporan statistik kutipan dan status semasa pembayaran penduduk dapat dihasilkan secara masa nyata (real-time) sama ada mengikut bulan dan tahun.

JMB tidak perlu lagi memegang wang tunai dan terpaksa menyemak secara manual berkali-kali status semasa pembayaran.

Sistem ini membolehkan pihak JMB mengemaskini status bayaran bagi penduduk yang melakukan pembayaran secara tunai.

Kami mempermudahkan segalanya untuk anda kerana kami juga penduduk dan AJK JMB, seperti anda!

Testimoni Pelanggan

Lebih 174 organisasi telah berdaftar melalui SettlePayz

Lihat apa kata mereka.

  • Mohd Tobroni Bin Md Hamin

    Mohd Tobroni Bin Md Hamin

    NYDP PIBG, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kuala Selangor

    " Pendigitalan proses bayaran yuran PIBG menjadi sangat mudah. Paling mudah ialah pengurusan wang masuk. Ia dilakukan oleh sistem, bukan lagi diurus oleh pihak sekalah, guru kelas dan bendahari PIBG. Semua data tersedia didalam satu platform.

    Tidak perlu bawa wang tunai

    pada hari pendaftaran, berbaris, bersemuka, pengeluaran resit, kiriman wang tunai melalui anak dan penyediaan rekod secara manual. Lebih memeningkan pengurusan pembayaran secara ansuran, masa yg berbeza dan pindahan wang.

    Bilangan ahli yg telah atau belum bayar dapat di semak secara "real time".



    Bebaskan bebanan guru-guru. Tugas hakiki mereka sudah banyak menanti.

    Cukup puas hati.

  • Muhammad Saidi

    Muhammad Saidi

    Pengerusi, Persatuan Penduduk Puteri Residence

    "

    Kemudahan pembayaran secara online menggunakan FPX dan Kad Debit/Kredit

    sangat memudahkan residen dan Persatuan.

    Residen tidak perlu lagi mengemukakan bukti pembayaran kepada Bendahari Persatuan.

    Resit pembayaran yang diterima automatik di dalam emel

    mengurangkan kerja pengkeranian Bendahari.

    Laporan kewangan Persatuan juga dapat disediakan dengan lebih mudah dan cepat

    berbanding kaedah manual sebelum ini.

  • Narima Binti Abd Wahab

    Narima Binti Abd Wahab

    Guru Data, Sekolah Kebangsaan Bukit Rimau

    " Sebagai sekolah terawal yang menggunakan platform ini, ia sesuatu yang amat dibanggakan.

    Kemudahan percuma yang ditawarkan SettlePayz

    membolehkan para guru kelas kembali fokus kepada pengajaran dan pembelajaran.



    Kami tidak lagi dibebankan dengan kerja-kerja pengkeranian berkaitan kutipan Sumbangan PIBG secara manual.



    Moga SettlePayz dapat menambah lebih banyak modul lagi demi membantu usaha pendigitalan sekolah ini.s

  • Cikgu Shiela

    Cikgu Shiela

    Timbalan Pengerusi Kumpulan Aspirasi Guru Matematik Malaysia (KAGUMM), Pusat Tuisyen Kelas Genius Matematik Cikgu Shiela

    "

    Satu sistem pengurusan bayaran terbaik dan sangat bersistematik.



    Saya sudah lama mencari sistem yang mudah dan senang untuk memantau bayaran ibu bapa pelajar.

    Hanya dengan satu klik, segala data terus dikemaskini.



    Paling penting ia mesra pengguna dan percuma!



    Saya sangat berpuas hati dan mengesyorkan penggunaannya oleh pengusaha pusat tuisyen yang lain.

  • Cikgu Eyna Ariffin

    Cikgu Eyna Ariffin

    Setiausaha, Pertubuhan Guru Sains Sekolah Rendah Malaysia (ScTeaM)

    "

    Pendaftaran ahli baru pertubuhan menjadi sangat mudah

    kerana guru sains seluruh negara boleh melakukannya secara online di sini.

    Tiada lagi borang pendaftaran menggunakan kertas.



    Kemudahan kutipan yuran keahlian dan semakan status keahlian ahli menjadikan platform ini wajar digunakan oleh semua NGO di negara kita.

Cara Daftar

Jom SettlePayz, sangat mudah dan pantas

Cipta yuran dan sumbangan anda tanpa had melalui platform kami.

Langkah 1

Isikan maklumat anda.

Langkah 2

Pihak kami akan berhubung dengan anda bagi membuat pengesahan.

Langkah 3

Kami akan adakan satu sesi latihan pengguna bersama anda melalui platform atas talian.

Langkah 4

Anda boleh menggunakan sistem ini dengan mudah.