Hubungi 012 - 204 5873 / 011 - 3306 8328 untuk pertanyaan dan pendaftaran percuma

Polisi

Terma dan Syarat

Last update on 01 Oct 2020

Dengan melayari dan menggunakan kemudahan yang disediakan SettlePayz, anda adalah tertakluk dan bersetuju sepenuhnya kepada Terma dan Syarat berikut:

Umum

Istilah "Anda" adalah merujuk kepada pengguna SettlePayz; dan

istilah “SettlePayz” adalah merujuk kepada layan web SettlePayz dan kemudahan yang disediakannya.

Capaian anda ke SettlePayz adalah tertakluk kepada Terma dan Syarat di sini.

Sila baca dan fahamkan Terma dan Syarat ini setiap kali Anda menggunakan SettlePayz.

Walau apa pun dan tanpa menyentuh maksud umum klausa-klausa di dalam Terma dan Syarat ini, Anda dengan ini bersetuju bahawa capaian kepada SettlePayz adalah atas risiko Anda sendiri dan Anda, tanpa syarat, bersetuju sepenuhnya akan menanggung semua risiko, bersampingan dengan atau berbangkit daripada penggunaan SettlePayz.

Jika pada bila-bila masa Anda tidak bersetuju dengan mana-mana atau semua Terma dan Syarat ini, sila tamatkan semua capaian Anda kepada SettlePayz.

Peraturan Penggunaan

Anda bersetuju dan mengakur janji untuk TIDAK menggunakan SettlePayz untuk tujuan yang mungkin, termasuklah menyalahi hak-hak atau menyekat kepenggunaan dan mengikut SettlePayz, termasuk :

  • Untuk mempamerkan apa-apa kelakuan, perbuatan atau bahan yang menyalahi undang-undang, menghina, mengandungi unsur-unsur lucah, kurang sopan, fitnah, hasutan, menghina atau membenci, pemalsuan, perkauman dan/atau yang boleh mengganggu individu, memberikan tekanan atau menyebabkan perasaan tidak senang atau menggugat privasi individu lain, mengandungi ancaman atau emel yang mendatangkan kesalahan jenayah, menimbulkan liabiliti sivil atau menyalahi mana-mana peraturan atau undang-undang tempatan, negeri, negara atau antarabangsa; penggunaan bahan yang mungkin menyalahi hak cipta, tanda dagang atau apa-apa harta intelek;

  • Capaian atau penggunaan data tanpa kebenaran, SettlePayz atau rangkaian SettlePayz termasuk sebarang percubaan untuk membuktikan, mengimbas atau menguji keutuhan SettlePayz atau rangkaian SettlePayz ;

  • Mengawasi data atau trafik sebarang SettlePayz atau rangkaian SettlePayz tanpa mempunyai kebenaran yang sah;

  • Menggunakan atau menyertakan sebarang virus, ‘Trojan horses', ‘time bombs', ‘worms', ‘cancelbots' atau sebarang cara seumpamanya yang boleh merosakkan, mengganggu, memintas atau merampas mana-mana SettlePayz; atau menggangu Kemudahan mana-mana pengguna, hos atau rangkaian SettlePayz termasuk dan tidak terhad kepada ‘mailbombing', ‘flooding', ‘broadcast attacks database' atau meletakkan sebarang beban tambahan atau tidak perlu ke atas SettlePayz;

  • Memintas sebarang pengesahan pengguna atau keselamatan sebarang hos, rangkaian SettlePayz atau akaun (pencerobohan atau penggodaman atau percubaaan untuk menceroboh atau menggodam); dan

  • Menjual semula atau menyediakan SettlePayz atau mana-mana bahagiannya kepada individu lain atau entiti untuk keuntungan atau sebaliknya.

Settlepay Sdn Bhd mempunyai budi bicara mutlak untuk memadam atau meminda SettlePayz dan Peraturan Penggunaan.

Settlepay Sdn Bhd SettlePayz mempunyai hak untuk menyiasat sebarang kebarangkalian penyalahgunaan Peraturan Penggunaan.

Hak Proprietari

SettlePayz adalah hak milik Settlepay Sdn Bhd dan dilindungi oleh hak cipta, tanda dagang dan hak-hak proprietari lain.

Tiada lesen atau hak diberikan kepada Anda dan capaian Anda ke SettlePayz ini dan/atau penggunaan peralatan atas talian dan Kemudahan tidak boleh ditafsirkan sebagai pemberian, dengan implikasi, estopel atau sebaliknya, sebarang lesen atau hak untuk menggunakan mana-mana Isi Kandungan tanpa kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada Settlepay Sdn Bhd atau pemilik pihak ketiga hak proprietari yang berkaitan.

Tanda Dagang

Semua tanda dagang, tanda kemudahan, dan logo yang dipaparkan di dalam SettlePayz ini adalah hak milik Settlepay Sdn Bhd.

Melainkan jika keizinan bertulis terlebih dahulu diperolehi daripada Settlepay Sdn Bhd, tiada lesen atau hak diberikan kepada mana-mana pihak yang mencapai SettlePayz untuk menggunakan, memuat turun, mengeluarkan semula salinan atau mengubah suai tanda dagang, tanda kemudahan atau logo.

Begitu juga, melainkan jika keizinan bertulis terlebih dahulu diperolehi daripada Settlepay Sdn Bhd atau pemilik yang berkaitan itu, tiada tanda dagang tersebut, tanda kemudahan atau logo boleh digunakan sebagai pautan atau untuk menandakan mana-mana pautan ke SettlePayz.

Pindaan

Settlepay Sdn Bhd berhak untuk mengemaskini, meminda dan/atau mengubah mana- mana bahagian atau semua Terma dan Syarat dari semasa ke semasa mengikut budi bicara mutlaknya. Semua pengemaskinian, pindaan dan/atau perubahan akan dipaparkan di SettlePayz dan penggunaan berterusan oleh Anda di SettlePayz selepas pengemaskinian, pindaan dan/atau perubahan yang telah dipaparkan akan dianggap sebagai pematuhan Anda, pengakuan dan penerimaan kepada Terma dan Syarat yang dikemaskinikan.

Pautan

Pautan dari atau ke mana-mana laman web / sistem di luar SettlePayz adalah bertujuan untuk kemudahan sahaja. Pautan laman web / sistem tersebut dimiliki dan dikendalikan oleh pihak ketiga yang mana adalah di luar kawalan Settlepay Sdn Bhd. Settlepay Sdn Bhd tidak akan bertanggungjawab dan tidak memberi jaminan terhadap kandungan laman web / sistem tersebut, pihak ketiga yang dinamakan dalamnya atau produk dan kemudahan mereka.

Pautan yang disediakan di dalam SettlePayz ini tidak boleh dianggap sebagai pengesahan atau verifikasi atau kelulusan laman web / sistem tersebut atau kandungan di dalamnya oleh Settlepay Sdn Bhd. Pautan ke laman web / sistem lain adalah atas risiko Anda sendiri dan Settlepay Sdn Bhd tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan berkaitan dengan pautan.

Transaksi Melalui SettlePayz

Settlepay Sdn Bhd berusaha sepenuhnya untuk memastikan keselamatan setiap transaksi yang berlaku melalui SettlePayz. Walau bagaimanapun, Settlepay Sdn Bhd tidak menjamin bahawa mana-mana transaksi melalui SettlePayz adalah bebas sepenuhnya daripada apa-apa keingkaran, kesilapan dan/atau data yang tertinggal.

Disebabkan keadaan semulajadi Internet, transaksi itu mungkin tertakluk kepada gangguan, terputusnya bekalan elektrik, kelewatan penghantaran dan kesilapan penghantaran data. Settlepay Sdn Bhd tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kegagalan kemudahan komunikasi yang boleh menjejaskan ketepatan masa transaksi.

Gangguan Sistem Komputer

Settlepay Sdn Bhd tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa gangguan, kelewatan, kegagalan, kesilapan atau maklumat tertinggal atau kehilangan maklumat yang dihantar, virus atau harta yang tercemar atau rosak yang dihantar atau kerosakan yang berlaku kepada sistem komputer Anda.

Anda akan bertanggungjawab untuk memberi perlindungan yang mencukupi dan mempunyai data dan/atau peralatan sokongan dan mengambil langkah berjaga-jaga yang munasabah dan sesuai untuk mengimbas virus komputer atau harta yang merosakkan.

Settlepay Sdn Bhd tidak akan bertanggungjawab ke atas ketepatan, kegunaan atau prestasi perisian pihak ketiga yang mungkin digunakan berhubung dengan SettlePayz.

Kerahsiaan Maklumat

Anda hendaklah bertanggungjawab bagi kerahsiaan dan penggunaan Kata Laluan Anda dan tidak mendedahkan Kata Laluan Anda kepada sesiapa pada masa bila-bila masa dan di bawah apa jua keadaan sama ada sengaja atau tidak sengaja.

Anda bersetuju untuk mematuhi segala langkah keselamatan berkaitan dengan perlindungan Kata Laluan atau secara amnya berkenaan dengan penggunaan Kemudahan ini.

Pengenepian

Sekiranya Settlepay Sdn Bhd gagal atau cuai untuk menguatkuasakan mana-mana peruntukan atau remedi di bawah Terma dan Syarat ini atas apa jua sebab, Settlepay Sdn Bhd hendaklah tidak ditafsirkan sebagai mengenepikan hak Settlepay Sdn Bhd untuk menguatkuasakan atau mengenepikan hak kami terhadap mana-mana pelanggaran yang berterusan, berjaya atau berikutnya atau mana-mana peruntukan lain dalam Terma dan Syarat ini oleh Anda.

Penamatan

Settlepay Sdn Bhd berhak untuk menamatkan/menahan capaian Anda ke SettlePayz pada bila-bila masa, secara keseluruhan atau sebahagian tanpa memberi notis terlebih dahulu sekiranya Anda melanggar mana-mana Peraturan Penggunaan dan/atau melanggar mana-mana Terma dan Syarat ini atau mengingkari hak Settlepay Sdn Bhd/pengguna lain atau mana-mana pihak ketiga atau Anda telah melakukan perbuatan yang melanggar undang-undang.

Undang-undang dan Bidang Kuasa

Terma dan Syarat ini hendaklah bagi semua maksud dan tujuan tertakluk kepada dan ditafsirkan selaras dengan undang-undang Malaysia. Dengan menggunakan SettlePayz, Anda dengan ini bersetuju kepada bidang kuasa eksklusif mahkamah Malaysia.

Penafian

Isi Kandungan dan Maklumat yang disediakan oleh Settlepay Sdn Bhd berdasarkan "sedia ada" dan "sebagaimana tersedia". Rujukan kepada Isi Kandungan dan Maklumat yang terkandung di dalam SettlePayz ini adalah termasuk bahan dan maklumat seperti yang disediakan oleh pihak ketiga.

Settlepay Sdn Bhd tidak memberi jaminan bahawa Kemudahan akan disediakan pada setiap masa.

Settlepay Sdn Bhd tidak memberikan sebarang jaminan nyata atau tersirat, representasi, atau pengendorsan termasuk, tetapi tidak terhad kepada sebarang jaminan ke atas tajuk, pelanggaran hak, kebolehdagangan, kegunaan, operasi, kesempurnaan, terkini, ketepatan, kepuasan kualiti, kebolehpercayaan dan kesesuaian untuk tujuan tertentu berhubung dengan SettlePayz, Isi Kandungan, Maklumat dan/atau fungsi di dalamnya secara jelas menafikan liabiliti bagi kesilapan dan ketinggalan dalam Isi Kandungan dan/atau Maklumat.

Tanpa pengurangan kepada peruntukkan di atas dan/atau terma dan syarat perjanjian berkenaan dengan produk dan kemudahan Settlepay Sdn Bhd, langkah-langkah sewajarnya akan diambil oleh Settlepay Sdn Bhd untuk memastikan ketepatan dan kesahihan semua maklumat dari Settlepay Sdn Bhd.

Anda, hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya untuk mana-mana Isi Kandungan dan/atau Maklumat yang digunakan/diperolehi dari SettlePayz dan/atau mana-mana Isi Kandungan dan/atau Maklumat yang dikemukakan/dihantar ke SettlePayz.

Anda hendaklah bersetuju bahawa apa-apa maklumat yang digunakan/didapatkan dari SettlePayz dan/atau apa-apa maklumat yang dikemukakan/dihantar ke SettlePayz ini untuk tujuan Kemudahan adalah lengkap, tepat, boleh dipercayai, terkini dan bebas daripada kesilapan.

Dalam apa keadaan Settlepay Sdn Bhd tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan secara langsung, tidak langsung, teladan atau khas yang timbul daripada apa-apa maklumat yang digunakan/diperolehi dari SettlePayz ini dan/atau apa-apa maklumat yang dikemukakan/dihantar ke SettlePayz.