Hubungi 012 - 204 5873 / 011 - 3306 8328 untuk pertanyaan dan pendaftaran percuma

SettlePayz

Kaedah pengurusan yuran dan sumbangan terkini untuk organisasi anda

SettlePayz menjanjikan proses pengurusan yuran dan sumbangan yang selamat, pantas dan terkini yang akan memudahkan proses pengurusan dan pemantauan oleh organisasi.

SettlePayz telah memperolehi sijil SSM BizTrust Level 3 dimana ianya adalah piawaian tertinggi yang boleh diperolehi daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), yang memperakui bahawa SettlePayz telah mematuhi ciri-ciri prinsip dan kriteria seperti pendaftaran perniagaan, keselamatan dalam talian dan perlindungan maklumat yang telah ditetapkan.

Sejarah SettlePayz

Daripada komuniti, untuk komuniti

SettlePayz dahulunya dikenali sebagai SetelPay, telah dibangunkan pada awalnya untuk membantu sebuah sekolah untuk menguruskan kutipan yuran tahunan mereka. Proses pengurusan yang mudah ini telah menarik minat beberapa buah sekolah, entiti perniagaan dan persatuan untuk menggunakannya terutamanya ketika berlakunya pandemik Covid-19 pada tahun 2020 sehingga kini.

Pandemik Covid-19 telah mengubah kaedah kutipan yuran dan sumbangan secara tunai kepada transaksi atas talian seperti pemindahan wang antara bank. Namun begitu, jumlah transaksi yang semakin meningkat ini menyebabkan pengurusan yuran dan sumbangan menjadi semakin rumit untuk dipantau.

Disebabkan itu, kami telah membangunakan Platform Pengurusan Yurann Dan Dana - SettlePayz- adalah untuk membantu organisasi menguruskan yuran dan sumbangan mereka secara sistematik, mesra pengguna, dan lebih efisyen.

2020

Ditubuhkan

25.2k

Jumlah Pengguna

174

Jumlah Organisasi

203k

Jumlah Transaksi

RM24.4m

Nilai Transaksi

Pasukan SettlePayz

Pasukan kami terdiri daripada mereka yang berpengalaman luas dalam bidang pengurusan organisasi dan juga di dalam bidang teknologi. Berbekalkan penglaman ini, kami akan memastikan SettlePayz akan mencapai tujuannya untuk mendigitalisasikan pengurusan organisasi di dalam Malaysia.

Nazrol Zawawi

Pengasas / Ketua Pegawai Eksekutif

Fairuz Wan Ismail

Ketua Pegawai Teknikal

Asyraf Azhar

Ketua Pegawai Operasi

Kamarool Karim

Pereka Produk