Hubungi 012 - 204 5873 / 011 - 3306 8328 untuk pertanyaan dan pendaftaran percuma
No. 4, Kabin Kiosk Masjid Kota Damansara,
Jalan Pju 5/21, Kota Damansara,
47810 Petaling Jaya, Selangor
sahabatjariahmalaysia@gmail.com
016-2007999
JELAJAH TENGKUJUH SJM 2020 adalah program tahunan Sahabat Jariah Malaysia menyantuni masyarakat luarbandar yang terkesan dari ketibaan musim tengkujuh. Kami akan ziarahi hampir 50 kampung di Kelantan, Pahang, Perak dan Kedah yang rata-rata masyarakat ini adalah penoreh getah dan Orang Asli. Mereka tidak dapat bekerja dan sering terputus bekalan makanan utk keluarga. Jajaran Pertama Jelajah Tengkujuh akan merangkumi Daerah Kuala Kerai - Gua Musang - Kuala Lipis - Cameron Highlands. Manakala Jajaran Kedua menyelusuri Sg. Siput - Lenggong - Gerik - Royal Belum - Baling. Sasaran kita tahun ini agar dapat membantu 2000 buah keluarga di kedu-dua jajaran jelajah.
SASARAN DANA RM 50,000.00
Wakaf Bot & Enjin ini sangat kritikal bagi menentukan kelestarian KELAS RIMBA BATEQ di Kg. Cangkung, Sg. Keniam, Taman Negara Kuala Tahan, Pahang. Bot adalah untuk kegunaan sukarelawan-sukarelawan guru masuk mendidik 50 orang anak-anak Suku Bateq yang tidak berpeluang mendapat pendidikan asas di sekolah arus perdana. Operasi Kelas Rimba Bateq ini ialah 3 hari seminggui. Bot adalah satu-satunya kaedah pengangkutan untuk sampai ke Kg. Cangkung, Sg. Keniam. Bot waqaf ini juga akan digunakan sebagai pengangkutan untuk membawa penduduk-penduduk kampung ke klinik atau urusan penting di luar. Paling hampir adalah ke Jeti Kg. Pagi yang akan memakan masa 1 jam perjalanan.
SASARAN DANA UNTUK 2 BUAH BOT & ENJIN
RM30,000.00
Misi Bantuan Kemanusiaan Covid-19 ini adalah untuk membantu golongan asnaf yang terkesan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan wabak COVID-19 sejak Mac 2020. Bantuan makanan asas diberi secara berkala kepada keluarga-keluarga asnaf yang sudah dikenalpasti. Marilah sama-sama terlibat dalam aktiviti kebajikan ini bagi meringankan kesukaran hidup mereka.
BERSAHABAT DENGAN HATI
BERBAKTI DENGAN BUDI
Dana untuk kerja-kerja kebajikan dan kemasyarakatan.
Sasaran penerima adalah golongan B40 miskin bandar, asnaf luarbandar kampung-kampung pedalaman, mualaf miskin, masyarakat Orang Asli dan insan-insan yang terlepas pandang dari agensi-agensi kerajaan dan badan-badan NGO perdana.
BERSAHABAT DENGAN HATI
BERBAKTI DENGAN BUDI